Search for collections on Eprints Thesis Repository

Model standard kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Guru-Guru Mata Pelajaran Geografi di Malaysia

Sidek, Shamsiah (2023) Model standard kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Guru-Guru Mata Pelajaran Geografi di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SHAMSIAH SIDEK.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SHAMSIAH SIDEK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (536kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SHAMSIAH SIDEK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan pendidikan mata pelajaran Geografi masa kini, kelestarian penggunaan teknologi secara terancang, bersesuaian dan berfikrah adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mengkhusus bagi pembangunan Model Standard Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru-Guru mata pelajaran Geografi di Malaysia. Pengumpulan data kajian melibatkan dua fasa iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Menerusi fasa pertama data kajian yang diperoleh dari temu bual pakar seramai 15 orang, analisis dokumen dan dianalisis bagi meneroka kriteria dan elemen kriteria yang diperlukan. Diperkukuhkan dengan persetujuan pakar menerusi dapatan analisis kebolehpercayaan ‘Fliess kappa’ berada pada tahap baik dengan nilai pekali 0.84 bagi kriteria literasi teknologi dan 0.87 bagi mendalami ilmu. Seterusnya fasa kedua, kajian melibatkan 834 orang majikan dan guru dengan menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 bersama perisian `Statistical Package for the Social Sciences` (SPSS) versi 20.0 bagi tujuan analisis data di peringkat kajian sebenar. Dapatan nilai min skor dan min ukuran (logit) menunjukkan kriteria standard TMK sesuai digunakan oleh majikan dan guru. Dapatan analisis ‘Differential Group Functioning’ (DGF) secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi kriteria standard TMK antara majikan dan guru. Walau bagaimanapun, hasil analisis `Regrasi Linear` menunjukkan terdapat sumbangan terhadap pengalaman perkhidmatan bagi standard kompetensi TMK guru mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian menggunakan `principal component analysis` (PCA) bertujuan pengesahan secara emperikal bagi kriteria literasi teknologi dan mendalami ilmu. Kesimpulannya, Model Standard Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru-guru Mata Pelajaran Geografi di Malaysia dapat dibentuk dan disahkan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 29 Apr 2024 01:32
Last Modified: 29 Apr 2024 01:32
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/102

Actions (login required)

View Item View Item