Yamin, Noor Azlin (2023) Model peramal hubungan antara persekitaran pembelajaran dan kompetensi kerjaya dalam kalangan pelajar politeknik di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p NOOR AZLIN YAMIN.pdf Download (800kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
NOOR AZLIN YAMIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (443kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
NOOR AZLIN YAMIN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (56MB) | Request a copy |
Abstract
Kompetensi kerjaya merupakan isu yang kurang diberi perhatian di Malaysia. Mempunyai kemahiran teknikal tidak cukup untuk melengkapkan diri dalam pasaran kerja. Industri memerlukan sumber tenaga kerja yang mempunyai kompetensi kerjaya yang dapat memenuhi kehendak industri. Kompetensi kerjaya dilihat dapat mengurangkan jurang ketidaksepadanan dan pengganguran dan mengharap institusi pengajian tinggi mempersiapkan pelajar dengan kompetensi kerjaya yang sepadan. Kajian ini membangun dan mengesahkan model peramal hubungan antara persekitaran pembelajaran dan kompetensi kerjaya pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di politeknik. Kajian ini mengaplikasikan rekabentuk kajian korelasi. Sampel kajian sebenar terdiri daripada 308 orang pelajar kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi di lima buah politeknik. Soal selidik yang digunakan diadaptasi daripada Course Experience Questionnaire (CEQ) dan Carer Competencies Questionnaire (CCQ). Empat dimensi persekitaran pembelajaran dan tiga dimensi kompetensi kerjaya dikenal pasti daripada analisis faktor penerokaan (EFA). Dengan menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstrukur (SEM) melalui analisis pengesahan faktor (CFA), konstruk persekitaran pembelajaran dan kompetensi kerjaya disahkan, mencapai nilai indeks kesepadanan model, bersifat unidimensi dan sepadan dengan data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif (β = 0.77, C.R = 4.567, p < 0.001), R2= .59 dan pengaruh yang positif (β = 0.81, C.R = 13.989, p < 0.001) antara persekitaran pembelajaran dan kompetensi kerjaya. Dapatan kajian juga menunjukkan jantina dan kursus memoderatkan hubungan antara persekitaran pembelajaran dan kompetensi kerjaya. Sumbangan utama kajian ini ialah pelajar dapat menjadikan model ini sebagai panduan dalam menerapkan elemen kompetensi kerjaya dalam persekitaran pembelajaran. Elemen kompetensi kerjaya ini boleh dijadikan sebagai indikator dalam menentukan tahap kompetensi kerjaya pelajar. Pelajar dapat membuat penilaian kendiri dan membuat refleksi terhadap kompetensi kerjaya mereka. Selain itu, ia pelajar membantu pelajar dalam menetapkan hala tuju kerjaya dan membantu membuat pilihan kerjaya yang tepat berdasarkan kompetensi kerjaya yang mereka miliki
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 01:34 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 01:34 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/105 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |