Search for collections on Eprints Thesis Repository

PAS di Negeri Johor 2004-2018: prestasi, isu dan cabaran

Sabtu, Muhamad Helmy (2023) PAS di Negeri Johor 2004-2018: prestasi, isu dan cabaran. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMAD HELMY SABTU.pdf

Download (931kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMAD HELMY SABTU COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (628kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMAD HELMY SABTU WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

PAS merupakan sebuah parti politik yang berpengalaman luas dan berpengaruh di Malaysia. Namun begitu, kedudukan PAS di beberapa buah negeri termasuk Johor menunjukkan aliran yang tidak menentu. Meskipun telah bertapak di negeri Johor sejak tahun 1954, pencapaian PAS di negeri ini tidak begitu memberangsangkan. Selepas menunjukkan trend peningkatan yang konsisten pada PRU-12 dan PRU-13, prestasi PAS kembali merosot pada PRU-14. Berbanding parti-parti pembangkang yang berjaya menawan negeri Johor pada PRU berkenaan, kedudukan PAS sebaliknya membimbangkan. Kajian ini dibangunkan dengan tiga objektif iaitu untuk menjelaskan prestasi PAS Johor pada PRU-11 hingga PRU-14, menghuraikan faktor yang mempengaruhi prestasi serta menganalisis pendekatan yang boleh dilakukan oleh PAS untuk mendepani cabaran di negeri Johor. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes jenis deskriptif. Data diperoleh melalui kaedah temu bual yang dijalankan bersama para informan utama dari lingkaran politik selain beberapa dokumen terpilih. Analisis dilakukan secara deskriptif dan tematik dengan dibantu oleh perisian Atlas.ti. Dapatan kajian menunjukkan kedudukan PAS di negeri Johor bersifat marginal dan tentatif berikutan rintangan fungsional dan struktural. Penembusan PAS berdepan kesukaran disebabkan oleh beberapa faktor seperti percanggahan dengan identiti Johor, kegagalan ideologi dan pendekatan, perpecahan parti, kelemahan jentera dan akar umbi serta perubahan strategi politik yang tidak menguntungkan. Justeru, kajian menggariskan dua landasan utama yang perlu diberikan perhatian oleh PAS Johor iaitu melakukan penjenamaan semula imej parti Islam serta pemilihan rakan kerjasama yang strategik dan menguntungkan. Kelangsungan PAS di negeri ini secara keseluruhannya adalah bergantung pada kemampuan parti untuk beradaptasi dengan suasana sosiopolitik di negeri Johor

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 02 May 2024 01:47
Last Modified: 02 May 2024 01:47
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/149

Actions (login required)

View Item View Item