Awang Kechek, Nurul Nazihah (2023) Faktor organisasi yang mempengaruhi kebahagiaan pensyarah di Universiti Awam Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p NURUL NAZIHAH AWANG KECHEK.pdf Download (503kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
NURUL NAZIHAH AWANG KECHEK COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (317kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
NURUL NAZIHAH AWANG KECHEK WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (21MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor organisasi yang mempengaruhi kebahagiaan pensyarah di universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif yang melibatkan 361 responden yang dipilih secara persampelan rawak mudah dari tiga kategori universiti awam Malaysia iaitu universiti berfokus, universiti komprehensif dan universiti pendidikan. Dua set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian iaitu Malaysian Academician Happiness Indeks (MAHI) dan instrumen kebahagiaan dari Del Junco et al. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 26.0 dan taburan kekerapan dan peratusan dianalisis secara deskriptif untuk menunjukkan demografi responden. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan faktor organisasi dengan kebahagiaan pensyarah dan analisis regresi berganda digunakan untuk menentukan kesan faktor organisasi yang paling signifikan terhadap kebahagiaan pensyarah. ANOVA satu hala digunakan untuk membezakan kategori universiti dengan kebahagiaan pensyarah. Hasil kajian menunjukkan tahap kebahagiaan pensyarah di universiti awam Malaysia masih lagi tinggi dan faktor yang paling mempengaruhi tahap kebahagiaan pensyarah ialah faktor persekitaran tempat kerja dan suasana kerja. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada kementerian, Universiti Awam Malaysia, dan organisasi untuk memastikan kebahagiaan organisasi perlu diambil berat setiap masa untuk memastikan pensyarah dapat menjalankan tugas dengan baik
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 21 May 2024 02:44 |
Last Modified: | 21 May 2024 02:44 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/181 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |