Ahmad Idris, Nor Salwana (2023) Hubungan kemahiran berkomunikasi dengan elemen dalam kemahiran insaniah pelajar pelancongan kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p NOR SALWANA AHMAD IDRIS.pdf Download (447kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
NOR SALWANA AHMAD IDRIS COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (592kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
NOR SALWANA AHMAD IDRIS WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi amat dititiberatkan dalam industri seperti industri pelancongan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kemahiran berkomunikasi dengan elemen-elemen dalam kemahiran insaniah. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian. Seramai 229 orang pelajar diploma pelancongan KV tahun 1 dan 2 telah dipilih sebagai responden kajian. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan dan data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science versi 26.0 seperti min, sisihan piawai, peratusan, kekerapan dan korelasi Spearman’s rho. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran kerja berpasukan berada pada tahap tinggi, manakala kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran kepimpinan serta etika dan moral profesional berada pada tahap sederhana. Analisis korelasi Spearman’s rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan. Namun, kekuatan hubungan antara setiap satu elemen adalah berbeza iaitu hubungan antara kemahiran berkomunikasi dengan pemikiran kritis dan kemahiran meyelesaikan masalah adalah kuat. Hubungan antara kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran kepimpinan serta kemahiran keusahawanan adalah sederhana. Manakala hubungan antara kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta etika dan moral profesional adalah lemah. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran insaniah pelajar pelancongan KV masih berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pihak berkepentingan agar dapat merancang aktiviti berkesan untuk mencapai kemahiran insaniah yang tinggi dalam kalangan pelajar pelancongan KV
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 18 Apr 2024 00:36 |
Last Modified: | 18 Apr 2024 00:36 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/24 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |