Search for collections on Eprints Thesis Repository

Kerangka pelaksanaan pengajaran pendidikan 4.0 bagi program teknologi kejuruteraan di MTUN

Mat Jam, Nor Aishah (2023) Kerangka pelaksanaan pengajaran pendidikan 4.0 bagi program teknologi kejuruteraan di MTUN. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOR AISHAH MAT JAM.pdf

Download (742kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR AISHAH MAT JAM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (338kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR AISHAH MAT JAM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Permasalahan yang berlaku adalah ketidakseimbangan pengetahuan, kemahiran dan kelayakan dalam melahirkan tenaga kerja teknikal yang memenuhi keperluan Industri 4.0 masih merupakan masalah yang belum diselesaikan secara tuntas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain dan meneroka elemen pelaksanaan pengajaran Pendidikan 4.0 bagi program Teknologi Kejuruteraan. Kajian ini menggunakan reka bentuk jujukan campuran eksplorasi yang melibatkan dua fasa penyelidikan iaitu fasa kualitatif dan fasa kuantitatif. Pada fasa kualitatif, kaedah kajian adalah analisis dokumen kekerapan dan temu bual separa berstruktur. Temu bual melibatkan 7 orang pakar dalam teknologi reka bentuk pengajaran dan TVET. Pakar temu bual dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pengumpulan data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tema. Hasil dapatan menerusi temu bual memperolehi 4 domain iaitu kurikulum, pembangunan profesional tenaga pengajar, hubungan industri, dan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan teknologi manakala 15 elemen pelaksanaan pengajaran Pendidikan 4.0. Seterusnya, dapatan dianalisis dengan konsensus kesepakatan persetujuan di mana domain dan elemen berada pada tahap sangat baik bagi indeks persetujuan pekali Fleiss’Kappa. Pada fasa kuantitatif, kajian tinjauan dijalankan kepada 300 tenaga pengajar dari Teknologi Kejuruteraan. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadar. Pengumpulan data tinjauan dianalisis menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Prestasi tinjauan dan dimensi telah dinilai menggunakan statistik kesesuaian Rasch dan keputusan Analisis Komponen Utama (PCA) untuk Sisa Rasch menggunakan Winsteps. Kerangka pelaksanaan pengajaran Pendidikan 4.0 yang dihasilkan bersifat unidimensi (tidak bersandar). Secara langsung, kerangka pelaksanaan pengajaran Pendidikan 4.0 bagi program Teknologi Kejuruteraan di MTUN telah dapat dihasilkan untuk menjadi rujukan MTUN dan Institusi TVET lain untuk melaksanakan Pendidikan 4.0

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 15 Apr 2024 06:39
Last Modified: 15 Apr 2024 06:39
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/3

Actions (login required)

View Item View Item