Mujitaba, Mohammad Amin (2023) Hubungan modal insan terhadap pendayaupayaan ekonomi usahawan asnaf negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHAMMAD AMIN MUJITABA.pdf Download (1MB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
MOHAMMAD AMIN MUJITABA COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
MOHAMMAD AMIN MUJITABA WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Usahawan asnaf merupakan kelompok asnaf yang di bangunkan modal insan mereka agar berlaku pendayaupayaan ekonomi. Walaupun begitu, kelompok ini sering dikaitkan dengan kemiskinan dan tidak ada satu ukuran yang jelas yang menunjukkan mereka mempunyai daya upaya walaupun menjadi usahawan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemilikan modal insan keusahawanan, menjelaskan implementasi strategi pemasaran, mengenal pasti pendayaupayaan ekonomi serta menganalisis hubungan modal insan keusahawanan dan implementasi strategi pemasaran terhadap pendayaupayaan ekonomi usahawan asnaf di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Jumlah populasi kajian ini ialah 178 orang usahawan asnaf di negeri Selangor dan saiz sampel adalah sebanyak 123 orang. Sampel dipilih menggunakan ‘convenience sampling’. Hasil kajian objektif yang pertama, menunjukkan responden memiliki pemilikan pengetahuan dalam modal insan keusahawanan dan separuh daripada responden memiliki tahap pengetahuan yang tinggi. Hasil kajian bagi objektif yang ke dua pula menunjukkan kadang kala sahaja strategi pemasaran digunakan. Walaupun begitu, terdapat ramai responden yang mempunyai tahap strategi pemasaran yang tinggi. Seterusnya bagi objektif yang ke tiga, kadang kala sahaja pendayaupayaan ekonomi berlaku walaupun ramai responden mempunyai tahap pendayaupayaan ekonomi yang tinggi. Selain itu, objektif terakhir pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara modal insan keusahawanan dan implementasi strategi pemasaran terhadap pendayaupayaan ekonomi. Ini menunjukkan, modal insan yang dibangunkan serta strategi pemasaran yang dilaksanakan telah memberi impak yang baik dalam konteks berdikari dan berlaku penyertaan walaupun mereka masih asnaf. Kajian ini mencadangkan usaha yang berterusan melalui strategi yang berkesan agar berlaku peningkatan pendapatan dan keluar daripada kelompok asnaf
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 23 Apr 2024 07:31 |
Last Modified: | 23 Apr 2024 07:31 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/74 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |