Search for collections on Eprints Thesis Repository

Keberkesanan pembelajaran berasaskan kaedah flipped learning dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya pembelajaran

A. Jalil, Noor Azyani (2023) Keberkesanan pembelajaran berasaskan kaedah flipped learning dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya pembelajaran. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOOR AZYANI A. JALIL.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NOOR AZYANI A. JALIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (438kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOOR AZYANI A. JALIL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Gaya pembelajaran yang bersesuaian mampu menyumbangkan perkembangan pembelajaran bagi seseorang pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan kaedah Flipped Learning terhadap pencapaian akademik serta minat pelajar teknikal yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Kursus yang telah dijadikan medium dalam kajian ini adalah Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) dan mata pelajaran yang terlibat adalah Teknologi Elektrik 1. Seramai 73 orang pelajar yang telibat dalam kajian ini yang mana seramai 38 orang bagi kumpulan rawatan dan 35orang bagi kumpulan kawalan. Kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah kaedah kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian prapasca kumpulan-kumpulan tidak serupa. Instrumen yang telah digunapakai dalam kajian ini adalah ujian ILS (Index Learning Styles), soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Dapatan bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan statistik MANCOVA, Kolerasi Pearson dan Skor Min. Hasil dapatan yang diperolehi bagi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang tidak signifikan secara statistik bagi skor pencapaian akademik pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar bagi kumpulan rawatan lebih cemerlang berbanding pencapaian akademik pelajar kumpulan kawalan. Dapatan bagi analisis minat pelajar kumpulan rawatan turut meningkatkan berbanding pelajar kumpulan kawalan. Hal ini adalah kerana pelajar bagi kumpulan rawatan telah mengaplikasikan kaedah Flipped Learning manakala pelajar kumpulan kawalan mengaplikasikan kaedah tradisional. Hasil dapatan turut menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan terhadap minat dan pencapaian akademik pelajar. Kaedah Flipped Leaning yang telah digunapakai dapat memenuhi keperluan dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Teknologi Elektrik 1. Secara amnya, berdasarkan hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kaedah Flipped Learning dilihat berkesan dalam memberikan kecemerlangan pencapaian akademik dan meningkatkan minat pelajar teknikal terhadap mata pelajaran Teknologi Elektrik 1

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 29 Apr 2024 01:34
Last Modified: 04 Sep 2024 07:16
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/106

Actions (login required)

View Item View Item