Othman, Noor Mala (2022) Elemen kesediaan kerjaya bidang hospitaliti yang memenuhi kehendak industri. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p NOOR MALA OTHMAN.pdf Download (591kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
NOOR MALA OTHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (291kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
NOOR MALA OTHMAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Pembangunan pelajar terutamanya di Kolej Vokasional tidak boleh diukur pada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran kerja. Namun, masih terdapat jurang dari segi kemahiran dan kualiti yang diterima oleh pelajar dalam proses persediaan di alam pekerjaan memandangkan isu kebolehpekerjaan masih dibincangkan sehingga kini. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan dan menghasilkan Elemen Kesediaan Kerjaya Bidang Hospitaliti Yang Memenuhi Kehendak Industri. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk yang melibatkan Exploratory Sequential Mix-Method iaitu dengan melibatkan dua fasa iaitu (I) kualitatif dan (II) kuantitatif. Bagi Fasa (I) melibatkan tujuh orang pakar bagi menentusahkan elemen kesediaan pelajar melalui temubual semi-strukur. Seterusnya, Fasa (II) melibatkan 10 buah Kolej Vokasional yang menawarkan kursus hospitaliti dengan 200 respon diterima daripada pensyarah di seluruh Malaysia. Dalam Fasa (II) juga melibatkan (n = 44) orang respon dari pihak industri. Hasil dapatan telah mengenal pasti enam elemen bukan teknikal iaitu (i) komunikasi, (ii) penyelesaian masalah, (iii) teknologi ICT, (iv) kerja dalam kumpulan, (iv) sikap di tempat kerja, dan (iv) pengurusan diri. Manakala, dua elemen teknikal diperolehi (i) pengusaan dan (ii) pengetahuan teknikal. Seterusnya, fasa terakhir adalah merupakan peringkat menguji dan mengesahkan kerangka yang telah dibangunkan, pengkaji menjalankan analisis komponen utama (Principal Component Analysis –PCA) menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch. Hasil daripada analisis komponen utama menunjukkan semua elemen yang terdapat di dalam konstruk Kesediaan kerjaya graduan telah memenuhi kriteria dengan nilai PTMEA CORR positif dan bersifat unidimensi. Daripada kajian ini, Model Kesediaan Kerjaya Pelajar telah berjaya dihasilkan serta dicadangkan sebagai panduan dan rujukan kepada pensyarah dan pelajar hospitaliti ke arah menguasai kemahiran teknikal dan bukan teknikal yang berkesan dalam proses pembelajaran pelajar
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 01:49 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 01:49 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/107 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |