Yahaya, Izat (2022) Penentuan keberkesanan penjerap komposit bagi kajian larut resapan. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p IZAT YAHAYA.pdf Download (1MB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
IZAT YAHAYA COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (431kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
IZAT YAHAYA WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Larut resapan merupakan bahan pencemar yang boleh mengancam persekitaran dan kesihatan manusia. Satu penjerap komposit baharu terdiri daripada enapcemar sisa kertas, kulit kerang, karbon teraktif, dan zeolit dibangunkan bagi meminimumkan penggunaan penjerap konvensional disamping menyelesaikan masaalah larut resapan stabil di Tapak Pelupusan Simpang Renggam (TPSR), Johor. Parameter sasaran merupakan ammonia nitrogen (NH3-N) dan permintaan oksigen kimia COD. Kajian ini merupakan kajian gabungan penjerap alternatif dengan penjerap konvensional membentuk penjerap komposit. Ujikaji pencirian menunjukkan enapcemar sisa kertas dan karbon teraktif dikategorikan sebagai hidrofobik manakala kulit kerang dan zeolit pula adalah hidrofilik. Nisbah campuran penjerap komposit baharu dengan simen Portland adalah (30:70). Nilai pH bagi penjerap komposit baharu adalah pada pH 9.0 di mana analisis XRF menunjukkan kehadiran karbon dan silika oksida yang tinggi sebagai sebatian utama disamping kumpulan berfungsi terdiri daripada karboksil, karbonil dan hidroksil. Kesan kelajuan goncangan, saiz partikel, pH, masa goncangan dan dos penjerap optimum adalah 150 rpm, 1.18 mm, pH 7, 300 minit dan 50g. Model isoterma dan kinetik penjerapan menunjukkan kecenderungan terhadap model langmuir dan pseudo-tertib kedua. Kajian perbandingan isoterma dan kinetik penjerapan memperlihatkan keupayaan yang setanding bagi kesemua penjerap tersebut. Kajian penjerapan turus menunjukkan ianya lebih terarah kepada model Thomas dan Yoon-Nelson berbanding Adams-Bohart manakala kesan kadar alir berbeza adalah pada 1.0 mL/min. Kajian nyaherapan menunjukkan larutan NaCl 0.5 M pada pH 12 memberi keseimbangan tindak balas yang lebih cepat disamping perbandingan diantara penjerap komposit baharu dengan menjana semula menunjukkan peratus penyingkiran NH3-N dan COD melebihi 80%. Keberkesanan penjerap komposit baharu ini di dorong oleh kehadiran komposisi karbon dan silika disamping mempunyai struktur mikroliang dan mesoliang yang tinggi serta berpotensi bagi rawatan larut resapan stabil di tapak pelupusan sampah
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 02:17 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 02:17 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/138 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |