Search for collections on Eprints Thesis Repository

Pembangunan kerangka penyelesaian masalah ProSkiND berasaskan permainan bukan digital bagi kanak-kanak prasekolah

Anis, Siti Khadijah (2023) Pembangunan kerangka penyelesaian masalah ProSkiND berasaskan permainan bukan digital bagi kanak-kanak prasekolah. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI KHADIJAH ANIS.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI KHADIJAH ANIS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (752kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI KHADIJAH ANIS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (87MB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang penting bagi kanakkanak. Namun masih tidak terdapat panduan untuk guru menjalankan aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan Kerangka Penyelesaian Masalah Berasaskan Permainan Bukan Digital Bagi Kanak- Kanak Prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research Approach type II (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa utama. Fasa pertama, fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 130 orang guru prasekolah. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dalam bentuk peratusan, skor min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan kerangka ini. Fasa kedua, fasa reka bentuk dan pembangunan komponen utama dan elemen dengan menggunakan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) melibatkan 12 orang pakar. Komponen utama dan elemen diterima berdasarkan kepada peratus persetujuan pakar iaitu lebih besar atau sama dengan 70% dan kedudukan setiap elemen berdasarkan kuasa memandu dan kuasa pergantungan adalah berdasarkan undian kesepakatan pakar. Dapatan menunjukkan lima komponen utama serta elemen-elemen telah dibangunkan. Fasa ketiga, fasa penilaian kebolehgunaan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) berdasarkan pandangan 25 orang pakar melalui borang soal selidik. Dapatan menunjukkan konsensus yang tinggi terhadap kebolehgunaan kerangka telah dibangunkan. Pembangunan kerangka penyelesaian masalah ini mempunyai lima komponen utama dan elemennya adalah objektif aktiviti, persediaan guru, peranan guru, peranan kanak-kanak dan penilaian aktiviti mampu menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah menggunakan permainan bukan digital. Kajian ini memberi implikasi terhadap kajian iaitu implikasi terhadap amalan, teori, metodologi dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Oleh yang demikian, guru boleh menggunakan kerangka ini untuk mensimulasikan kemahiran penyelesaian masalah kanak-kanak dengan menggunakan permainan bukan digital dalam aktiviti penyelesaian masalah

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 29 Apr 2024 01:32
Last Modified: 29 Apr 2024 01:32
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/103

Actions (login required)

View Item View Item