Pua, Poh Keong (2023) Kerangka kesihatan mental bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dan teknologi. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p PUA POH KEONG.pdf Download (855kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
PUA POH KEONG COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (409kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
PUA POH KEONG WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Masalah kesihatan mental berada pada tahap yang membimbangkan kerana semakin banyak kes bunuh diri telah dilaporkan sama ada di dalam atau luar negara. Masalah kesihatan mental berlaku pada semua peringkat umur, termasuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah kerangka kesihatan mental bagi pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Pembangunan kerangka tersebut merangkumi penerokaan konstruk kesihatan mental, pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental, serta penentuan kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan (Exploratory Sequential Mixed Method) yang melibatkan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah analisis sorotan kajian, dan kaedah Fuzzy Delphi, serta pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Pelajar yang mengikuti program sarjana muda dipilih secara rawak muda yang terdiri daripada Malaysia Technical University Network (MTUN) sebagai sampel kajian. Secara spesifiknya, pada fasa kualitatif, seramai 14 orang responden telah terlibat, dan bagi fasa kuantitatif pula, seramai 569 orang responden telah menyertai proses tinjauan ini. Data kualitatif dianalisis dengan menggunakan analisis tematik, manakala data kuantitatif pula dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi yang melibatkan analisis regresi dan kolerasi. Setelah menjalankan analisis andaian regresi, 44 orang responden disingkirkan, hanya 525 orang responden diambil kira untuk penganalisisan seterusnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat konstruk kesihatan mental, 14 faktor mempengaruhi kesihatan mental dan empat kaedah mengatasi masalah kesihatan mental telah dikenalpasti. Selain konstruk ketakutan, konstruk-konstruk lain seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan mempunyai hubungan singnifikan yang rendah terhadap pencapaian akademik pelajar. Manakala pekali korelasi bagi kesemua konstruk kesihatan mental masing-masing berada pada antara -0.01 hingga - 0.30 menunjukkan kekuatan korelasi dengan pencapaian akademik pelajar adalah sangat rendah. Sebagai kesimpulan, kerangka kesihatan mental telah berjaya dihasilkan dan ia diharap dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar, pensyarah dan unit kauseling MTUN untuk membantu pelajar mengenalpasti tahap kesihatan mental serta mengatasi masalah yang berkaitan secara berkesan supaya pencapaian akademik pelajar tidak terganggu
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 01:50 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 01:50 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/108 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |