Hamid, Halina (2023) Kesan h-stabilizer sebagai agen penstabilan dalam lapisan subgred jalan raya. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p HALINA HAMID.pdf Download (585kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
HALINA HAMID COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (293kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
HALINA HAMID WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (16MB) | Request a copy |
Abstract
Penstabilan tanah adalah proses pengadunan dan mencampurkan bahan-bahan dengan tanah untuk meningkatkan sifat tanah terutamanya untuk pembinaan subgred bagi jenis tanah lembut. Penggunaan kaedah dan bahan penstabilan yang sesuai diperlukan supaya tidak mengakibatkan kegagalan fungsi subgred dalam struktur jalan raya. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara eksperimental bagi penentuan penggunaan bahan penstabil H-Stabilizer sebagai bahan penstabilan ke atas subgred bagi tanah liat lembut Batu Pahat (BPSC). Kaedah eksperimental ini termasuklah penggunaan ujian analisis saiz ayakan, had-had Atterberg, pemadatan, nisbah galas Califonia (CBR), serta kebolehtelapan tanah. Ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal tanah serta kekuatan maksima tanah BPSC dengan pencampuran bahan penstabil H-Stabilizer. Nilai kekuatan CBR dan kebolehtelapan tanah dengan bahan piawai iaitu kapur dan simen dianalisis bagi membandingkan nilai dengan bahan penstabil H-Stabilizer. Analisis kaedah matematik deskriptif menggunakan model regresi linear berganda (multiple linear regression) digunakan dalam hubungan nilai CBR terhadap had Atterberg dan pemadatan. Hasilnya, kadar kebolehtelapan tanah dengan bahan penstabil H-Stabilizer sebanyak 4% telah memberi peningkatan kadar kebolehtelapan dengan perbezaan sebanyak 7.5 x 10-9 m/s serta indeks keplastikan memperolehi nilai perbezaan penurunan sehingga 13.21%. Manakala, nilai CBR pada tempoh pengawetan 28 hari memberi nilai peningkatan pada peratusan campuran 4% iaitu 8.3 nilai CBR dan pertambahan peratusan menunjukkan penurunan mendadak sehingga 3.4 nilai CBR pada nisbah campuran 8% bahan penstabil. Kesimpulannya, penggunaan bahan penstabil H-Stabilizer pada nisbah 4% memberi peningkatan nilai kekuatan CBR dan peningkatan pekali kebolehtelapan tanah sebagai bahan alternatif dalam penstabilan tanah
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TF Railroad engineering and operation |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 02:14 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 02:14 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/135 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |