Search for collections on Eprints Thesis Repository

Model persamaan struktur amalan pengurusan risiko pedagogi mesra rimba di Sekolah Kebangsaan Asli

Haron, Mohd Najib (2023) Model persamaan struktur amalan pengurusan risiko pedagogi mesra rimba di Sekolah Kebangsaan Asli. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD NAJIB HARON.pdf

Download (755kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD NAJIB HARON COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (356kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD NAJIB HARON WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) banyak menjalankan program-program intervensi di SK Asli mengikut keperluan murid Orang Asli antaranya dengan menekankan pelaksanaan pedagogi mesra rimba (PeRIMBA). Isu keselamatan murid Orang Asli yang terdedah kepada pelbagai bentuk risiko telah mengundang kebimbangan guru dan menjadi punca PeRIMBA kurang mendapat sambutan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneroka konstruk amalan pengurusan risiko (APR) bagi pelaksanaan pedagogi mesra rimba (PeRIMBA) di SK Asli, menentukan kesesuaian konstruk APR PeRIMBA di SK Asli, menganalisis kesesuaian konstruk Peranan PdPc Guru bagi pelaksanaan PeRIMBA di SK Asli dan membangunkan model persamaan struktur diantara APR PeRIMBA dengan peranan PdPc guru bagi pelaksanaan PeRIMBA di SK Asli. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah gabungan mix methods - Exploratory Sequential Design yang melibatkan dua fasa utama iaitu kajian kualitatif diikuti kajian kuantitatif. Fasa 1 menggunakan kaedah pengumpulan data melalui semakan dokumen dan Focus Group Discussion (FGD) manakala Fasa 2 pula merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Pada Fasa 2 data dianalisis sepenuhnya menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan nilai min dan SmartPLS bagi pembangunan model. Seramai 419 orang guru SK Asli dari seluruh Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian telah menemukan tiga konstruk utama APR PeRIMBA di SK Asli iaitu Pengenalpastian Risiko, Penilaian Risiko Dan Kawalan Risiko. Setiap konstruk APR PeRIMBA telah dikenalpasti kesesuaiannya dan hasil kajian menunjukkan Pengenalpastian Risiko mempunyai nilai min 4.391, Penilaian Risiko 4.374 dan kawalan risiko 4.380. Tahap kesesuaian konstruk Peranan PdPc Guru bagi pelaksanaan PeRIMBA di SK Asli juga menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi dengan peranan guru sebagai perancang (nilai min=4.353), pengawal (nilai min=4.367), pembimbing (nilai min=4.378), pendorong (nilai min=4.406) dan penilai (nilai min=4.418). Menerusi SmartPLS, konstruk APR PeRIMBA didapati mempunyai pengaruh langsung yang signifikan dengan konstruk Peranan PdPc Guru dengan nilai β=0.847, penilaian ketepatan ramalan R²= 71.6% dan nilai Q²=0.614. Model persamaan struktur telah berjaya dihasilkan telah memenuhi semua kriteria penilaian serta disahkan secara statistik. Menerusi model ini guru akan lebih terarah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi melaksanakan aktiviti PeRIMBA

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 05 May 2024 01:19
Last Modified: 05 May 2024 01:19
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/163

Actions (login required)

View Item View Item