Search for collections on Eprints Thesis Repository

Keberkesanan modul kppmi ke atas penguasaan kemahiran penyelesaian masalah inventif bagi mata pelajaran reka cipta tingkatan empat

Abd Nasir, Nuraliah (2023) Keberkesanan modul kppmi ke atas penguasaan kemahiran penyelesaian masalah inventif bagi mata pelajaran reka cipta tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURALIAH ABD NASIR.pdf

Download (548kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURALIAH ABD NASIR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (241kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURALIAH ABD NASIR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran pengenalpastian punca masalah (KPPMI) merupakan kemahiran yang sangat diperlukan di dalam pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) Malaysia kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan modul kemahiran pengenalpastian punca masalah inventif yang telah dibangunkan oleh penyelidik sendiri khusus buat pelajar Reka Cipta tingkatan empat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental. Instrumen kajian iaitu praujian dan posujian KPPMI digunakan ke atas dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (KK) dan kumpulan rawatan (KR) dalam proses pengumpulan data. Penganalisian secara deskriptif (skor min, Frekuensi dan peratusan) dilakukan ke atas persoalan kajian satu manakala persoalan kajian kedua menggunakan bentuk kajian inferensi (ANCOVA). Bagi pembangunan modul KPPMI, elemen TRIZ telah diterapkan didalamnya. Khusus bagi dua fasa TRIZ yang utama. Model Meyer juga dijadikan rujukan dalam pembangunan modul KPPMI. Terdapat empat aspek utama yang diketengahkan dalam penilaian KPPMI pelajar iaitu pengenalpastian komponen, strategi penyelesaian masalah inventif, pengenalpastian punca masalah inventif dan kesan penyelesaian masalah inventif. Hasil kajian menunjukkan bahawa KR berjaya menguasai KPPMI kerana wujudnya peningkatan tiga tahap KPPMI terhadap aspek pengenalpastian punca masalah inventif. Namun, KR masih berada pada tahap yang sama bagi aspek kesan penyelesaian masalah. Justeru, untuk kajian masa panjang dicadangkan untuk memfokuskan bahagian kesan penyelesaian masalah inventif agar pelajar dapat lebih memahami proses KPPMI sekaligus dapat menguasainya dengan lebih baik

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 18 Apr 2024 00:37
Last Modified: 18 Apr 2024 00:37
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/26

Actions (login required)

View Item View Item