Kamaruddin, Yuslizar (2022) Penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar belia di Malaysia: kajian terhadap sudut pandang pembuat dasar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p YUSLIZAR KAMARUDDIN.pdf Download (899kB) | Preview |
|
![]() |
Text (Copyright Declaration)
YUSLIZAR KAMARUDDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (584kB) | Request a copy |
|
![]() |
Text (Full Text)
YUSLIZAR KAMARUDDIN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (63MB) | Request a copy |
Abstract
Proses pembentukan dasar awam di Malaysia adalah suatu proses yang perlu melibatkan penyertaan aktor tidak rasmi di mana golongan belia adalah sebahagian daripadanya. Namun begitu, kebanyakan dapatan penyelidikan mendapati terdapat banyak halangan dan cabaran untuk merealisasikan aspirasi belia. Ini disebabkan kebolehupayaan belia itu sendiri dan pandangan pembuat dasar terhadap mereka. Bertitik tolak daripada fenomena tersebut maka objektif kajian ini adalah untuk meneroka (i) sejauh mana kebolehupayaan penyertaan belia (ii) mengenal pasti tindakan kerajaan bagi meningkatkan penyertaan belia dan (iii) memahami aspirasi pembuat dasar terhadap penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dengan pemilihan persampelan bertujuan. Seramai tiga (3) orang informan yang terdiri daripada pegawai atasan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan ditemu bual secara atas talian. Soalan temu bual berbentuk semi berstruktur dan terbuka telah diajukan dan disokong dengan analisis dokumen bagi tujuan triangulasi data. Hasil kajian mendapati bahawa kebolehupayaan penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar belia amat bergantung kepada tiga faktor iaitu (i) belia itu sendiri (ii) pembuat dasar dan (iii) keberkesanan program. Dapatan kajian juga mendapati kerajaan telah bertindak meningkatkan penyertaan belia dengan melaksanakan (i) jalinan kerjasama dan (ii) tindakan pemerkasaan. Manakala aspirasi pembuat dasar terhadap penyertaan belia adalah untuk melihat (i) peningkatan terhadap penyertaan belia (ii) kebolehpercayaan belia terhadap usaha kerajaan dan (iii) kejelasan hala tuju penyertaan belia. Secara keseluruhannya, kebolehupayaan penyertaan belia untuk mempengaruhi pembentukan dasar belia di Malaysia belum terlaksana secara menyeluruh kerana usaha dan inisiatif untuk melibatkan penyertaan belia daripada keseluruhan lapan (8) kumpulan sasar belia masih lagi merupakan cabaran terbesar. Penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar yang tidak menyeluruh ini akan memberi implikasi negatif yang boleh mengakibatkan polarisasi dalam kalangan belia sekali gus menjadi sebab kegagalan pelaksanaan sesebuah dasar belia. Dicadangkan agar usaha untuk meningkatkan penyertaan belia tidak hanya terarah kepada aspek pembentukan pembangunan belia semata-mata tetapi turut menerapkan kefahaman tentang peranan mereka dalam menyumbang kepada proses pembentukan dasar yang signifikan dengan teras ke dua dalam Dasar Belia Malaysia 2015 iaitu Dari Belia untuk Belia
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Depositing User: | Pn Sabarina binti Che Mat |
Date Deposited: | 22 Apr 2024 00:54 |
Last Modified: | 22 Apr 2024 00:54 |
URI: | http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/63 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |