Search for collections on Eprints Thesis Repository

Kerangka silibus silat olahraga untuk murid-murid sekolah rendah

Puddin, Azli (2023) Kerangka silibus silat olahraga untuk murid-murid sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p AZLI PUDDIN.pdf

Download (615kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
AZLI PUDDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (330kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZLI PUDDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Ketiadaan silibus silat olahraga di peringkat sekolah rendah membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negera. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina kerangka silibus silat olahraga murid sekolah rendah bagi membentuk kompetensi mereka berdasarkan domain-domain pengajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu mengunakan kaedah temubual separa struktur dan persampelan bertujuan yang menggunakan enam orang pakar dari Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dan tiga orang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen yang digunakan adalah diri pengkaji sendiri. Proses Pengumpulan data pula menggunakan kaedah DACUM dimana pengkaji melalui lima proses iaitu bengkel dua hari, bengkel kesahan, kajian semula pengurusan, analisis tugasan dan pembangunan kokurikulum. Analisis data kajian ini mengunakan kaedah tematik yang melibatkan proses koding, membentuk sub tema, menbentuk tema bagi menjawab persoalan kajian. Proses ini melibatkan pengasingan dan penyusunan data daripada transkrip pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain pengajaran seperti kognitif, afektif dan psikomotor merupakan domain yang mempengaruhi kompetensi murid dalam silibus silat olahraga. Silibus yang dihasilkan mengabungkan domain-domain ini mengikut umur, kemampuan dan kematangan murid. Proses pengesahan data menjadikan kandungan silibus silat lebih baik dan mengikut perkembangan pendidikan dan kejurulatihan terkini. Silibus ini turut disusun mengikut tahap kematangan dan kesukaran murid dengan menerapkan teknik pedagogi dalam latihan dan pengajaran. Teknik penguasaan dalam pedagogi ini amat perlu kerana psikologi murid sekolah rendah amat berbeza dengan pelajar sekolah menengah. Disebabkan itu, latihan multilateral yang bersifat seronok, berkonsepkan bermain, dan melibatkan pergerakan kesemua anggota badan dititikberatkan dalam kerangka silibus ini. Selain itu. kajian ini boleh membantu memperbaiki pembentukan silibus silat olahraga sekolah rendah dan membangunkan kompetensi pelajar berdasarkan tiga domain tersebut

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 24 Apr 2024 03:18
Last Modified: 24 Apr 2024 03:18
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/99

Actions (login required)

View Item View Item