Search for collections on Eprints Thesis Repository

Hubungan di antara gaya kepimpinan instruksional dan kecemerlangan prestasi sekolah rendah di Negeri Johor: mengkaji pengaruh komunikasi sebagai pengantara title

Kusin, Siti Aminah (2023) Hubungan di antara gaya kepimpinan instruksional dan kecemerlangan prestasi sekolah rendah di Negeri Johor: mengkaji pengaruh komunikasi sebagai pengantara title. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI AMINAH KUSIN.pdf

Download (648kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI AMINAH KUSIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (312kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI AMINAH KUSIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (54MB) | Request a copy

Abstract

Kini, sistem pendidikan Malaysia memfokuskan kepada kecemerlangan prestasi sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati kecemerlangan prestasi sekolah dapat ditingkatkan sekiranya semua pemimpin sekolah menguasai kepimpinan instruksional. Akan tetapi, kajian lepas menunjukkan terdapat pemimpin sekolah yang masih tidak menguasai kepimpinan instruksional. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara kepimpinan instruksional dan kecemerlangan prestasi sekolah. Komunikasi dipilih sebagai pengantara untuk melihat pengaruhnya terhadap hubungan kepimpinan instruksional dan kecemerlangan prestasi sekolah. Tiga dimensi kepimpinan instruksional telah diuji iaitu mendefinisi misi sekolah, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif. Sejumlah 500 borang soal selidik telah diedarkan di 11 daerah di negeri Johor dengan menggunakan borang dalam talian, tetapi hanya 433 sampel sahaja yang boleh digunakan untuk dianalisis. Proses menganalisis data kajian ini dilakukan dengan menggunakan kombinasi statistik deskriptif dan inferensi yang mengunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Partial Least Square-Structural Equation Mode (PLS-SEM). Hasil kajian empirikal menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan instruksional dan kecemerlangan prestasi sekolah. Walau bagaimanapun, hanya mendefinisi misi sekolah dan mengurus program instruksional mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecemerlangan prestasi sekolah. Justeru, komunikasi didapati berpengaruh menjadi pengantara hubungan di antara kepimpinan instruksional dengan kecemerlangan prestasi sekolah. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru besar meningkatkan kualiti kepimpinan untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi sekolah secara praktikal. Akhir sekali, kajian ini telah membincangkan sumbangan, batasan, dan cadangan untuk kajian masa hadapan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 05 May 2024 01:20
Last Modified: 05 May 2024 01:20
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/165

Actions (login required)

View Item View Item