Search for collections on Eprints Thesis Repository

Pembangunan modul pembelajaran interaktif berdasarkan gaya pembelajaran vark bagi kursus aplikasi mesin larik di kolej vokasional

Hasbullah, Muhamad Salahuddin (2023) Pembangunan modul pembelajaran interaktif berdasarkan gaya pembelajaran vark bagi kursus aplikasi mesin larik di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMAD SALAHUDDIN HASBULLAH.pdf

Download (433kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMAD SALAHUDDIN HASBULLAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (257kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMAD SALAHUDDIN HASBULLAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Modul merupakan bahan pembelajaran yang sentiasa relevan dan diterima pakai sejak zaman berzaman. Pembelajaran menerusi modul sudah lama diperkenalkan tetapi pembelajaran menerusi media interaktif melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) masih belum banyak dipraktikkan serta modul yang sedia ada hanya diterapkan dengan satu gaya pembelajaran sahaja terutamanya dalam bidang TVET. Oleh itu, kajian berbentuk rekabentuk dan pembangunan produk ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gaya pembelajaran VARK bagi kursus Aplikasi Mesin Larik di Kolej Vokasional. Rekabentuk kajian modul pembelajaran interaktif adalah berpandukan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk Dan Pembangunan (DDR) berdasarkan 3 fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pada pelajar, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada borang soal selidik Inventory VARK. Hasil dapatan analisis menunjukkan kesemua nilai skor Kecenderungan Pusat (min) pada item untuk setiap konstruk melebihi 3.5 dan interpretasi min modul pembelajaran interaktif berada pada tahap sederhana. Pengujian seterusnya dilakukan untuk menilai penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran interaktif ini. Hasil dapatan analisis menunjukkan nilai skor min mempunyai nilai yang tinggi iaitu 4 dan ke atas dan interpretasi skor min adalah tinggi. Melalui gabungan modul pembelajaran didapati media interaktif berdasarkan gaya pembelajaran VARK ini mampu meningkatkan minat pelajar dan memberi impak dalam penguasaan pelajar terhadap aplikasi yang dibangunkan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
Depositing User: Pn Sabarina binti Che Mat
Date Deposited: 18 Apr 2024 00:34
Last Modified: 18 Apr 2024 00:34
URI: http://eprintsthesis.uthm.edu.my/id/eprint/21

Actions (login required)

View Item View Item